Wednesday, July 25, 2012

Salam Ramadhan :)

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

Assalamualaikum dan harap tak lambat nak ucap Selamat mengerjakan Ibadah Puasa kepada seluruh kaum Muslimin && Muslimat . hehe . Nampaknya hari ni dah masuk hari ke lima umat islam berpuasa . Berbuka pon sudah . Makan ape korg hari ni ? Alhamdulillah hari ni mak masak sup ayam . Betul lah , bulan puasa ni bulan yang doa2 kite akan dimakbulkan . See, tghari td baru teringat2 nak mkn mcm sup2 , sekali balik keje m tengok2 mak dahh masak sup ayam . Tenkiu mak ! :)

Bila Sebut je Ramadhan pasti semua mind set dah tahu yang bulan ini adalah bulan yang penuh rahmat , disamping umat islam diwajibkan berpuasa . hee . Kalaw hari biasa kita tengok orang tu ta pegi pon sembahyang , tapi tiba je bulan ni , tup2 sembahyang terus ta tinggal sebab takot puasa yang dilakukan ta diterima oleh Allah s.w.t . Ade ke pulak macam tu kan ? (bukan nak kate kat orang lain laaa kan , muhasabah diri sendiri jugak :) ) So sebaiknya , kita jadikan bulan Ramadhan yang mulia ni sebagai permulaan kepada sebuah perubahan menuju ke jalan yang diredhai-Nya . Amin.


Moh kita perbanyakkan pahala puasa kita dengan amalan2 sunat :)


  • Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
  • Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
  • Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun  malam
  • Berazam melakukan Terawih
  • Bertadarus
  • Solat berjemaah setiap waktu
  • Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
  • Sahur diwaktu akhir
  • Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan  tutup sahur dengan air susu
  • Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
  • Tunaikan solat Rawatib
  • Jaga pacaindera
  • Elakkan gosok gigi pd waktu petang
  • Hadiri majlis ilmu
  • Buat baik pada ibubapa
  • Banyakkan bersedekah
  • Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
  • Berbuka bersama orang tua
  • Jemput tetamu berbuka
  • Kurangkan berat badan
  • Banyakkan i’tikaf di masjid
  • Baiki hubungan jiran
  • Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan
  • Elakkan berbelanja berlebihan
  • Kuatkan kesabaran
  • Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
  • Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
  • Berdoa dengan nada lembut dan merayu
  • Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
  • Melazimkan solat 5 waktu
  • Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar  yang menjadikan pandangan liar
  • Melepaskan perasaan sedih untuk meninggalkan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang




Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik-baik  bulan,  penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dengan amalan-amalan untuk  mendekatkan diri kepada Allah dan hubungan sesama manusia.  Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar-benar mengubah sikap yang  baik dan seterusnya menjadi insan yang soleh/solehah.

0 berkata-kata: